Posts

PROGRAM LATIHAN YANG MENGAMBIL KIRA PIRAMID FIZIKAL DAN FITT

Image
KECERGASAN DAN KESIHATAN Kecergasan mempunyai pengertian yang berbeza-beza bagi setiap individu. Kecergasan merangkumi aspek fizikal, mental, emosi, rohani dan sosial.   Kecergasan fizikal bermaksud dimana semua sistem yang terdapat pada tubuh manusia berkeadaan sihat dan berfungsi dengan sempurna bagi membantu manusia menjalankan aktiviti hariannya dengan selesa di samping mempunyai tenaga melakukan aktiviti riadah tanpa merasa penat dan lesu.     Dari segi kesihatan diri, senaman dapat mengurangkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit seperti obesiti (kegemukan), diabetes (kencing manis) dan gaya hidup yang tidak aktif seperti penyakit jantung serta sebagainya. Dari segi mental pula, senaman dapat meningkatkan kesejahteraan dan keyakinan diri seseorang selain dapat mengurangkan tekanan (stress) yang dialami. Jika aktiviti senaman dilakukan di luar kawasan rumah seperti di tepi tasik atau taman, ianya dapat melegakan fikiran apabila melihat persekitaran y...

KESAN FISIOLOGI TERHADAP BADAN MANUSIA

Image
  Assalamualaikum Warahmatullah Hiwabarakatuh, Saya Nur Husnina Binti Ramlan, pelajar PPISMP Semester 1 Pengajian Agama Islam di Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail.  Melalui tugasan yang diberi oleh pensyarah kursus GKK1043   , Encik Rosli Bin Abdullah telah banyak memberi ilmu serta pengetahuan yang baru kepada saya. Saya berasa sangat bersyukur kerana dengan izin-Nya saya telah diberi ruang dan peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini.          Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (2016), SEGAK merupakan ringkasan daripada Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia. Pelaksanaan aktiviti ini adalah merupakan medium ujian standard untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid nerdasarkan kesihatan mereka. Kompenan yang terdapat dalam ujian SEGAK ini adalah merujuk kepada kurikulum Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.                 ...